Satu lagi isu yang mahu aku kongsikan
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menangkap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman pada bila-bila masa.Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, Jais sedang mengesan bekas artis berusia 47 tahun itu dan akan menahannya untuk membantu siasatan berhubung kes menyampaikan ceramah tanpa tauliah.
Bob Lokman sebelum ini menolak untuk memberi keterangan kerana baginya, tindakan yang dilakukan oleh JAIS bukan untuk kepentingan Islam. Bahkan Bob Lokman juga mencabar JAIS untuk menangkapnya kerana berpendapat tindakan JAIS itu bukan untuk menjaga keharmonian agama Allah Taala.
Ketika ditanya berhubung reaksinya sekiranya ditahan Jais, Bob Lokman berkata, semuanya bergantung kepada keadaan dan kehendak tuhan.
SALAM BRO ... GUA DAH LINK BLOG LU KE GELOMBANG WANGSA MAJU. SELAMAT MENGGANYANG PEMBANGKANG!
ReplyDeleteTHANK YOU BRO
ReplyDelete