Wednesday 2 November 2011

BOB LOKMAN DITANGKAP? KESIAN!

Satu lagi isu yang mahu aku kongsikan 

Waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh JAIS pada 28 Oktober lalu terhadap Bob Lokman. Dia boleh ditangkap sekiranya dikesan berada di Selangor. Bob Lokman yang sebelum ini menyara kehidupannya dengan hasil hiburan, kini beralih menjadi 'suara keramat' PAS yang modal ceritanya tidak lain dan tidak bukan, hanyalah tentang kesalahan sistem, bukannya kesalahan diri.


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menangkap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman pada bila-bila masa.Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, Jais sedang mengesan bekas artis berusia 47 tahun itu dan akan menahannya untuk membantu siasatan berhubung kes menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Terdahulu Bob yang popular dengan lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan Search yang ditulisnya ditahan ketika menyampaikan tazkirah dan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah masjid di Sungai Lui, Hulu Langat,pada 10 Oktober yang lalu.

Bob Lokman sebelum ini menolak untuk memberi keterangan kerana baginya, tindakan yang dilakukan oleh JAIS bukan untuk kepentingan Islam. Bahkan Bob Lokman juga mencabar JAIS untuk menangkapnya kerana berpendapat tindakan JAIS itu bukan untuk menjaga keharmonian agama Allah Taala.

Ketika ditanya berhubung reaksinya sekiranya ditahan Jais, Bob Lokman berkata, semuanya bergantung kepada keadaan dan kehendak tuhan.

2 comments:

  1. SALAM BRO ... GUA DAH LINK BLOG LU KE GELOMBANG WANGSA MAJU. SELAMAT MENGGANYANG PEMBANGKANG!

    ReplyDelete